Monday 31 October 2011

Pizza....Sedapnya..

Ya Allah....lamanya rasanya fara tak berblogging...Terasa sangat sibuk dan stress sehingga lupa yang fara ada blog untuk meluahkan atau menyampaikan sesuatu di hati untuk dikongsi bersamakan..Chewahh intro tak tahan kan..padahal fara nak berkongsi resepi yang fara dapat dari blogger ni Dapur Tanpa Sempadan..sorry ye fara minta izin untuk berkongsi resepi di blog fara juga...

Actually, Resepi Pizza yang fara nak kongsikan ni adalah permintaan dari kawan Universiti fara..Kak Ayu nama diberi..hehehe..kak ayu ni orang Terengganu..Fara janji nk kongsi resepi selepas Negeri 9 menang Piala Malaysia dengan menewaskan Terengganu..Alhamdulillah N9 menang 2-1..So janji fara kena tunaikan la ye..hehehehe




Kak Ayu, sure kak ayu tgk pic pizza fara mengancam and menyelerakan kan kan..hehehe..Tapi memang sedap pun.. thanks to blogger Dapur Tanpa Sempadan kerana membuatkan impian fara utk membuat pizza sendiri tercapai..Okla Kak Ayu, fara nak tunaikan janji fara pada Kak Ayu ok..Resepi pizza Kak Ayu Boleh tengok di ruang RECIPES.

Monday 5 September 2011

Hari Raya Pertama

Salam Uols....

Tahun ini merupakan tahun pertama kami sekeluarga beraya tanpa Ibu...merupakan tahun pertama kami beraya di PUSARA Ibu tercinta...Ini juga merupakan tahun pertama buat Ayah yang hanya beraya sorang diri tanpa ditemani oleh isteri tercinta..Kami adik beradik sedaya upaya untuk memastikan ayah tidak rasa terasing walaupun kami sendiri terasa kesunyian beraya tanpa Ibu tercinta..

Kebiasaannya pagi raya Ibu telah sediakan kesemuanya untuk kami tp tidak utk Raya kali ini...Kami menyediakan nya sendiri..Ingin memastikan mood raya tetap ada supaya kesediahan tidak menyelubungi kami...Kami telah menyediakan sama sepeti Ibu sebelum ini, menu utama seperti rendang Itik, rendang Ayam, rendang Daging mesti ade...Semua kami masak..Lemang dan ketupat juga ada disediakan..

Kami berharap agar Ayah dan Adik2 yang lain merasai raya dengan sempurna...Alhamdulillah semua berjalan dengan lancar..kami beraya seperti sedia kala..kesediahan mula dirasai apabila kami bersalam-salaman..Ayah duduk keseorang tanpa teman..dam kami hanya bersalam-salaman dengan Ayah..Ibu???tiada...Doa buat Ibu sebagai pengganti...Kami sayang Ibu dan Ayah..

Ohhya fara sertakan sedikit pic untuk tatapan Uols ok...Tahun ni fara, hubby dan Arshad berbaju purple...hehehehe

Ini Gambar Keluarga Kami..Semua ada kecuali Ibu tercinta



                            Gambar Keluarga Fara                     Gambar Anak Kesayangan Kami
                                                                                                    Amirul Arshad


 Antara Sepupu-sepupunya

 Arshad beraya dengan Atuk..Atuk nak 'Wit'

Maklong nak 'Wit'

Bangchik beraya ngan Kami

 
 Aiman punye turn

 Atuk dengan cucunya...

 Kami adik beradik
 Kami beraya ngan atuk












Raya ke-5

Salam Uols,

3 September yang lalu fara and hubby buat makan2 tghari utk family hubby (mama, abah, angah n normah, osheen and asrul, wan, sabrina and nora..) Adam jerk xde sbb dia kat UTP tgh study for exam...Xpe Adam..kami makankan ok..Errrmmmm adik fara pun ade gak..Kakmok nad her hubby..also Bella, kawan kepada Nora Dayana...Kami nak wat menu special and xpernah cuba lg sebelum ni...mean our 1st trial lorrr...hehehehe

Ok menu-menu fara nad hubby kan, Ayam Masak Kicap (memang dah teror masak), Sayur Campur, Sup Ekor (my hubby yg buat...1st time cuba tau tp dh mcm leh buka restoran..sgt la sedap..pic i x amik sbb terlupa..SODEH ni..xdapat nk tunjuk kat Uols....Pastu ade Masak Lemak Cili Api Siput Sedut...ha ni fara buat..pun 1st trial ni...Sedap macam x sangka lak..hehehehe ni pic nye



ERmmm...macam mana uols nampak sedap kannn...hehehehehe..TAPI MEMANG sedap punn...hehehe selain tu ade ulam2....pastu ade sambal belacan dan sambal geresek (mkan orang N9)..Sedap tau Sambal ni.....Yummy..

Ok actually fara nak kongsi Resepi Masak Cili Api Siput Sedut..sebab menjadi kan..

Bahannya:
  • 1kg Siput Sedut - dibersihkan dan dibuang ekornya
  • Santan - 2 kotak
  • 6 ulas bawang merah - kisar/tumbuk
  • 3 ulas bawang putih - kisar/tumbuk
  • 1/2 inci halia - kisar/tumbuk
  • 4 batang serai - dititik
  • cili api (ikut kepedasan yang uols suka..macam fara letak 35 batang ditumbuk tau)
  • sedikit garam
  • sedikit kunyit
  • Air - ikut kepekatan santan yang diperlukan..
Cara-caranya:
  1. Tumiskan bahan-bahan kisar/tumbuk (bawang,halia,cili api).
  2. Kemudian masukkan  siput sedut bersama Serai yang dititik
  3. Masukkan Santan dan ditambah air
  4. Masukkan kunyit
  5. Apabila sudah nak masak, masukkan garam
  6. Tutup api apabila siput kelihatan keperangan.
Kan dah siap.....Cuba la ye..

Uols tau...habis semua makanan tau..THANKS to Mama, Abah and Adik2 yang sudi datang..and makan..Seronok tengok Uols makan..Sayang Uols...Fara sempat jugak packkan utk Ayah fara yang tercinta di Seremban..Hopefully Ayah suka makan..Fara minta adik fara (Kakmok) bwk balik utk ayah and adik2 yang lain di Seremban..




Sunday 4 September 2011

RESEPI KEK LAPIS ASAM MANIS



Bahan-Bahan A:

  • 350 gm mentega
  • 150 gm gula kastor
  • 5 sudu makan susu pekat manis
  • 1 sudu teh esen vanila
  • 14 biji kuning telur
Bahan-Bahan B:

  • 150 gm gula kastor
  • 6 biji putih telur
  • 1/4 sudu teh serbuk krim tar tar
Bahan-Bahan C:

  • 180 gm tepung Gandum
  • 1 sudu teh serbuk penaik
Bahan-Bahan D:

  • 10 bungkus asam manis (Hawflakes)
Bahan-Bahan Sapuan: 3 sudu makan marjerin + 2 sudu makan susu pekat manis

Cara-cara membuatnya:

  1. Bahan A: satukan mentega, gula kastor, susu pekat manis dan esen vanila. Pukul dengan kelajuan tinggi hingga kembang dan berkrim
  2. Masukkan kuning telur sedikit-sedikit sambil dipukul hingga sebati. Tuangkan adunan ini ke dalam mangkuk yang besar.
  3. Di dalam bekas lain, satukan semua bahan B. Pukul selama 5 minit hingga kembang dan kental.
  4. Bahan C: masukkan tepung gandum dan serbuk penaik ke dalam adunan mentega tadi. Gaulkan hingga sebati.
  5. Kemudian masukkan adunan putih telur. gaulkan hingga bercampur rata.
  6. Ambil satu cawan adunan dan ratakan dalam tin pembakar berukuran 8 inci x 8 inci. Bakar dengan api atas dan bawah sehingga permukaan kek berwarna perang.
  7. Cucuk permukaan kek dengan garfu dan tekankan agar rata. Sapukan sedikit bahan sapuan.
  8. Susun kepingan asam manis atas lapisan kek yang telah di masak tadi.
  9. Ambil satu cawan adunan dan ratakan di atas asam manis tadi. Bakar dengan api atas sahaja. Buat proses yang sama seperti ini hingga beberapa lapis. Untuk lapisan paling atas, ratakan adunan dan susun kepingan asam manis. Bakar hingga masak.
  10. Tutup permukaan tin pembakar dengan kertas aluminium. Bakar semula dengan api atas dan bawah selama 15 minit.
Dah siap pun...Actually sangat senang nak buat kek lapis asam manis niee..cuma renyah sikit jerk sebab kena bakar selapis demi selapis..tapi bile dh siap dan sedap rase sgt puas hati..Uols boleh try resepi ni sbb fara dah try dan menjadi..rasenye sgt sedap dan lembut jerk tau...BEST-BEST...Thanks to Ziela coz sudi ajar fara buat kek ni..Ziela ni Cikgu fara tak berbayar tau..thanks so much dear...(resepi ni dapat dari buku Variasi Kek Lapis..Thanks...)

Lagu Raya...

Assalammualaikum UoLs...

Walaupun sudah 6 hari kita berhari raya, rasenya masih tidak terlambat utk fara berkongsi lagu raya dengan Uols semua...selamat hari raya...

16 lagu raya

20 Lagu Raya

Hijjaz Lembaran Syawal 2006

Huray!Raya - 28 Lagu Nostalgia Terbaik 2009

Lagu Raya Klasik

Nur Syawal 2004

Rabbani - Suara Takbir 2008

Raihan - Maafkan 1999

Wing Raya Bersama Mus 2007

Siti Nurhaliza - Anugerah Aidilfitri 2003

Sensasi Hari Raya - Saleem


Thursday 25 August 2011

BESTnyer...CUTI

Salam Uols....

Halooo...hehehehe...actually fara excited sgt sebab dah start cuti...hehehehe..Fara start cuti 25 Ogos - 5 September 2011..Bestnyer rase..hilang sekejap seksa tugasan kat office..Sekarang time to think for Kuih Raya..hehehe...Macam-macam nak buat ni..nak start mana dulu la ye esok ni..hehehehe..

Uols cuti bile pulak..jangan jeles tau...Jom join fara wat kuih raya..actually fara dh wat before ni tp dah abis laUols...sedap plak mengunyah sambil tonton movie kan..So sekarang kena tungkus lumuis wat semula..wakakaka..

As per my hubby, kami akan balik beraya di Seremban..family sebelah fara..so hari Ahad kami dh balik..bestnyerr..Semoga apa yang dirancang berjalan dengan jayanya...Uols.. nanti balik berhati-hati di jalan raya ye..pandu cermat..ingat orang tersayang..kalau mengantuk make sure Uols stop utk berehat wokehhhh...

Wednesday 24 August 2011

Mood Raya!!!

Assalammualaikum Uols...

Halloooo...Hari ini merupakan hari yang ke 23 buat semua umat Islam berpuasa...Tinggal lagi 6 hari sahaja lagi kita semua nk sambut Aidilfitri...Errmmm...excited nye nak raya...Kuih raya ade yang fara beli ade gak yang buat..tapi yang buat dh tinggal sikit..so nk kena wat lagi...Sekarang mood kerja pun dh xde sbb dok fikir nk CUTI RAYA..BESTNYEEEE..

Tapikan Uols, tahun ni merupakan tahun pertama fara beraya tanpa MAK tersayang...MAK fara meninggal dunia pada 10 Jun  2011 yang lalu..Rase sedih sangat hati ni..Pilu jerk...Selama ni kalau hari mantai (sehari sebelum raya) biasanya MAK dah sibuk kat dapur...Awl2 pagi raya lagi MAK dah bangun siapkan hidangan untuk kami semua..walaupun kami yang dh kahwin ni..Ya Allah Seronoknyeerr rase..Perasaan ini masih teringat lg saat-saat menyambut Raya semasa hayat MAK masih ada...cakap jerk nak makan apa semuanya ada...tp sekarang semuanya dah berubah..Fara sendiri dah berubah..Fara kena fikirkan adik2 nak makan apa..Apa yang fara nak masakkan untuk AYAH dan Adik-adik..Sure AYAH sedih tahun ni..tapi AYAH takkan tunjukkan perasaannya pada KAMI semua...Itu la sifat AYAH..

Tapikan Uols, fara sempat ambil resepi RENDANG ITIK Arwah MAK punya..Alhamdulillah fara berjaya memasaknya..mungkin masakan fara x sama dan x sesedap masakan MAK fara but at least fara boleh sediakan hidangan tersebut pada pagi raya AIDILFITRI tahun ni..Minta-minta Ayah dan Adik2 boleh menerima masakan fara...

Fara sangat rapat dengan Mak fara...Setiap luahan dan isi hatinya semasa hidup fara simpan dan kenang sehingga ke akhir hayat fara...Fara tak tahu macam mn perasaan fara nanti bile nak menghadapi AIDILFITRI kali ini..Semoga fara tenang hendaknye...

Ya Allah, Engkau yang Maha Mengetahui Lagi Maha Agong, Engkau tempatkanlah Mak fara di kalangan orang-orang yang beriman..disamping orang-orang yang Engkau kasihi dan sayangi..Semoga Mak memperolehi kebahagian sejati...

Buat Uols semua...Sayangi lah Mak and Ayah Uols semua...Hargaila Mereka...Hormati Mereka...Jaga Perasaan Mereka...Luangkan Masa untuk Mereka...Berikan Kesenangan kepada Mereka...Berikan Kebahagian kepada Mereka..

SELAMAT MENYAMBUT AIDILFITRI ...fara sekeluarga mohon Maaf dan Ampun jika ada menyinggung mana-mana pihak...Maafkan fara sekeluarga..Semoga Perayaan tahun ini merupakan Perayaang yang terbaik dari tahun lepas....

Kat sini fara letakkan sedikit pic Arwah Mak Fara yang paling fara sayang...I love u so much..we all love u so muchh...



 Time ni sempat celebrate birthday mak..pada 27 April 2011..


 Mak dengan cucunya Arshad (anak fara)

 Kaklang sayang Mak...

 Adik, Mak n fara...

 Fara family bersama Mak tercinta..


Kaklong dengan Mak..

Tuesday 23 August 2011

Berbuka Puasa

Salam Uols....


Hai Uols...Pada 19 Ogos 2011 yang lalu, fara dan family ada jemputan berbuka puasa di Pejabat Fara sendiri..MATRADE..Rase seronok pulak jumpe kawan-kawan di sana..Itula pertama kali buat puasa tahun ini fara dan family berbuka di luar...Ramai yang hadir...Almost 500 orang tau yang hadir iaitu staf dan juga family memasing...budak-budak tak yah ckpla..bukan main seronok bermain..dh macam open house plak...Actually, Majlis berbuka puasa tersebut telah dianjurkan oleh Biro Agama dan Kerohanian, Kelab MATRADE dengan kerjasama syarikat swasta yang bernaung di bawah Bangunan MATRADE terindah...Seronok dapat menghadirkan diri...Tahniah buat AJK yang bertungkus lumus menjayakan Program ini..Sangat Best..Ha kat atas tu Pic fara dan family tau..sebelum balik..sempat berposing dulu..hehehehe..

Harapan agar tahun-tahun mendatang dapat diadakan Majlis sebegini bagi mengeratkan hubungan sesama insan...

Thursday 4 August 2011

SELENDANG/ SHAWL JALUR - NEW RM20, Pos RM6

Dear All, Simply Mummy ada menyediakan Shawl Jalur untuk peminat shawl atau selendang...Shawl jalur ini merupakan patern baru/terkini..Harga RM20 dan Postage RM6..


Dark Purple RM20




 Purple Keledek RM20


  Putih RM20


 Purple Merah Hati RM20 - 2 Available



 Black + Gray RM20


Merah RM20


Shawl Ala-ala Pashmina RM12, Pos RM6

Dear all...Kali ini Simply Mummy ada menjual shawl khas buat peminat-peminat shawl..Kami ada menjual shawl ala-ala pashmina..Terdapat banyak color..Uols boleh pilih mana-mana yang berkenan...Harga yang ditawarkan adalah berpatutan iaitu sebanyak RM12..Penghantaran hanya ambil sebanyak RM6..


Purple Pocodot RM12



Purple absract RM12


 Coklat Belang Putih RM12



Purple Putih Bunga RM12

 Bunga dan Absract Merah Hati + Putih RM12

 Pocodot Biru Hijau

 Pocodot Purple Pink RM12

Pocodot Pink+Purple+Putih RM12

 Pocodot Hitam Kelabu RM12

 Pocodot Coklat RM12

 Pocodot Merah Putih RM12


 Bunga dan Abstract Biru Putih RM12