Wednesday 27 July 2011

PENJUALAN TUDUNG 2 TONE LALANG

Salam Uols...Ada lagi tudung untuk tatapan Uols...Tudung 2 Tone Lalang ni adalah tudung terkini...Harga bagi yang ada CRYSTAL di owning tudung adalah RM30 dan bagi owning yang kosong hanya RM25..Harga pos RM6 sahaja....Selamat Menjamu Mata ok...

 PURPLE
(Sold Out - to Norliyana)


BIRU 1

                                         KELABU 1 (Sold Out)             KELABU 2 (Sold to Kak Ina)
                                         (to Nurliyana)

                                                BIRU 2 (Sold Out)                  BIRU 3
                                                (to Nurliyana)


GOLDEN BROWN
(Sold Out - Nurliyana)


PENJUALAN TUDUNG LYCRA KOSONG / CRYSTAL

Uols, Fara juga ade jual tudung lycra jenis kosong dan ade crystal di owning tudung...Harap-harap Uols suka dan berkenan untuk membeli ok...Harga pos RM6 sahaja...Cer Uols tgk kat bwh ni...


LYCRA CRYSTAL (KELABU GELAP)
RM22

 LYCRA CRYSTAL (PINK BELACAN)
RM22



LYCRA CRYSTAL (HIJAU GELAP)
RM22

LYCRA CRYSTAL (HIJAU APPLE)
RM22

LYCRA CRYSTAL (HITAM) -2 item
RM22

LYCRA KOSONG ( BIRU, 2 HITAM, KELABU GELAP)
RM 17

Kalau Uols ada warna-warna yang Uols nak, Uols boleh bgtau kat fara...Nanti fara akan dapatkan untuk Uols...Harga tetap sama ok...

Kalau Uols, nak letak crystal pada tudung-tudung lycra kosong yang fara jual pun boleh..bagitau jerk so fara akan letakkan crystal untuk Uols..So harga jadi RM22 ok...

JUALAN TUDUNG LYCRA ROS

Salam Uols...Fara ade jual tudung Lycra Ros..Antara warna yang ade seperti dibawah..Colour yg lain semua dh abis sebelum sempat upload dlm BLOG ni...Tapi nanti kalo ade warna yang baru, fara akan roger...Kalau ada yang berkenan bolehlah sms fara ok..Penghantaran pos laju RM6 ok.. Cer Uols usha2 sat k...


TUDUNG LYCRA ROS (PURPLE)
RM20 (Sold to Sue)


TUDUNG LYCRA ROS ( COKLAT /CORAK COKLAT)
RM20 (SOLD OUT - to SU)

TUDUNG LYCRA ROS ( COKLAT/ CORAK KUNING COKLAT)
RM20

TUDUNG LYCRA ROS ( COKLAT HIJAU/ CORAKOREN HIJAU)
RM20


RESEPI CORNFLAKES MADU

Salam Satu Malaysia Uols....Harini Fara nak berkongsi Resepi Cornflakes Madu dengan Uols semua...Kalau Uols ikut arahan yang Fara catatkan untuk Uols, sure menjadi dan sgt sedap...Cer Uols tgk pic kat bawah ni..Cantik kan..Sedap tau..Bukan Fara ckp tp Uols lain yang dh rase..hehehehe..


Ok sekarang Fara bagi bahan-bahannyer ok:

Bahan A
  • 200 gm Mentega/ Menjerin
  • 150 gm Gula
  • 4 camca besar Madu
  • 1 1/2 camca teh Esen Vanilla
Bahan B
  • 200 gm Cornflakes
  • 100 gm Badam dibakar; dihiris
  • 60 gm buah Ceri Merah
  • 60 gm buah Ceri Hijau

Cara-cara membuatnye plak ok:
  1. Cairkan BAHAN A di dalam periuk sehingga pekat. Matikan api dan masukkan esen vanilla.
  2. Kacau BAHAN Bdan gaulkan sehingga sebati.
  3. Susun adunan tersebut di dalam kertas cawan yang kecil dan letakkan di atas dulang pembakar.
  4. Bakar di dalam ketuhar bersuhu 160darjah celcius selama 10 - 18 minit atau hingga kuning keemasan.
  5. Keluarkan dari ketuhar dan biarkan selama 20 minit.
  6. Dah siap dan sedia untuk dihidang semasa rayee...
(resepi diperoleh dari kotak cornflakes....terima kasih)

SELAMAT MENCUBA Uols....!!!

Monday 25 July 2011

RESEPI MUFFIN COKLAT CHIP

Halloooo teman-teman sekalian...Malam ni FARA nak berkongsi resepi MUFFIN  CHIP COKLAT yang FARA pernah cuba buat semalam 24 Julai 2011...Sangat sedap rasa MUFFIN ni dan kalau teman-teman semua ikut resepi ni betul-betul sure MUFFIN CHIP COKLAT  ini akan menjadi cantik dan sedap..Cer teman-teman tgk gambar hasil masakan FARA ni ok.
 Kat sini FARA berikan RESEPInya ok:
  • 250 gm Mentega
  • 250 gm Gula Kastor
  • 6 biji Telur
  • 320 ml Susu Segar
  • 100 gm Serbuk Koko
  • 50 gm Serbuk Penaik (DiAyak dengan Tepung)
  • 400 gm Tepung Gandum
  • Cip Coklat
Cara-cara membuatnya adalah:
  1. Pukul gula dan mentega sehingga kembang.
  2. Masukkan telur satu persatu dan putar lagi.
  3. Serbuk koko, serbuk penaik dan tepung gamdum disatukan dan diayak di dalam bekas yang berasingan. Kemudian masukkan ketiga-tiga bahan ini diselang seli dengan susu segar ke dalam bekas yang berisi campuran telur dan gula dan putarkan lagi.
  4. Masukkan adunan coklat tersebut ke dalam bekas yang bersesuaian dan letakkan cip coklat. Bakar pada suhu 180 darjah selsius selama 25 minit.
  5. Kemudian siap untuk dihidangkan.
                                          contoh muffin sebelum dibakar ok...

SELAMAT MENCUBA TEMAN-TEMAN...(resepi ini diambil dari buku hidanganminum petang SAJI.....terima kasih SAJI....)


KenanganKu


Gambar di atas tu merupakan gambar pertama fara selepas mendapat telefon baru  (Iphone 4) dari husband..rasenye dah berbulan2 kot..tapi disebabkan fara baru ade blog tu yg fara pos..Actually fara nak cite sikit psl gambar ni..Gambar ni fara bersama NANA, ex opismate fara..time tu Nana yang minta ambil gambar kami berdua...gambar ni kat opis..kata Nana, Biar dia rasmikan..hahaha..ermm..sekarang gambar ni jadi kenangan I ngan Nana...Nana dah x bekerja sama-sama ngan I lg..Tapi kami masih berjumpe :) Dan........fara harap sesgt yang fara akan berjumpe ngan Nana walaupun kami tidak kerja ditempat yang sama...Semoga Nana memperoleh yang terbaik dalam HIDUP Nana ok..Fara dan Team Audit Sentiasa Mendoakan yang TERBAIK untuk NANA..Semoga KENANGAN kita adalah antara yang terbaik yang pernah NANA lalui..

Friday 22 July 2011

Siap Sudah...

Salam Semua...

Hari ini merupakan hari yang paling gumbira buat fara sbb...blog fara dh ade header...Special Thanks to Mosumart Design sbb sudi tlg fara buatkan...Thanks jugak pada tunangannya NANA sbb selama ni menjadi peransang dan banyak membantu fara untuk menyiapkan blog fara ni...SERONOKNYERRRRR...

Fara bersemangat nak ada blog sebab tgk macam-macam leh cerita and luahkan kat dalam blog...Dalam blog jugak boleh bertukar-tukar buah fikiran..boleh berkongsi idea dan boleh menambahkan kwn...Fara baru berjinak-jinak dalam bidang masakan..Nanti bolehla berkongsi-kongsi resepi dengan kengkawan kat dalam BLOG ni..

Harapan fara semoga kawan-kawan seronok bertukar fikiran di dalam blog ni dan mendapat manfaat dari BLOG fara ni ok...Fara jugak akan membuat sedikit perniagaan di dalam blog fara ni...Semoga kengkawan seronok BERSHOPPING di sini.