Monday 5 September 2011

Hari Raya Pertama

Salam Uols....

Tahun ini merupakan tahun pertama kami sekeluarga beraya tanpa Ibu...merupakan tahun pertama kami beraya di PUSARA Ibu tercinta...Ini juga merupakan tahun pertama buat Ayah yang hanya beraya sorang diri tanpa ditemani oleh isteri tercinta..Kami adik beradik sedaya upaya untuk memastikan ayah tidak rasa terasing walaupun kami sendiri terasa kesunyian beraya tanpa Ibu tercinta..

Kebiasaannya pagi raya Ibu telah sediakan kesemuanya untuk kami tp tidak utk Raya kali ini...Kami menyediakan nya sendiri..Ingin memastikan mood raya tetap ada supaya kesediahan tidak menyelubungi kami...Kami telah menyediakan sama sepeti Ibu sebelum ini, menu utama seperti rendang Itik, rendang Ayam, rendang Daging mesti ade...Semua kami masak..Lemang dan ketupat juga ada disediakan..

Kami berharap agar Ayah dan Adik2 yang lain merasai raya dengan sempurna...Alhamdulillah semua berjalan dengan lancar..kami beraya seperti sedia kala..kesediahan mula dirasai apabila kami bersalam-salaman..Ayah duduk keseorang tanpa teman..dam kami hanya bersalam-salaman dengan Ayah..Ibu???tiada...Doa buat Ibu sebagai pengganti...Kami sayang Ibu dan Ayah..

Ohhya fara sertakan sedikit pic untuk tatapan Uols ok...Tahun ni fara, hubby dan Arshad berbaju purple...hehehehe

Ini Gambar Keluarga Kami..Semua ada kecuali Ibu tercinta



                            Gambar Keluarga Fara                     Gambar Anak Kesayangan Kami
                                                                                                    Amirul Arshad


 Antara Sepupu-sepupunya

 Arshad beraya dengan Atuk..Atuk nak 'Wit'

Maklong nak 'Wit'

Bangchik beraya ngan Kami

 
 Aiman punye turn

 Atuk dengan cucunya...

 Kami adik beradik
 Kami beraya ngan atuk












Raya ke-5

Salam Uols,

3 September yang lalu fara and hubby buat makan2 tghari utk family hubby (mama, abah, angah n normah, osheen and asrul, wan, sabrina and nora..) Adam jerk xde sbb dia kat UTP tgh study for exam...Xpe Adam..kami makankan ok..Errrmmmm adik fara pun ade gak..Kakmok nad her hubby..also Bella, kawan kepada Nora Dayana...Kami nak wat menu special and xpernah cuba lg sebelum ni...mean our 1st trial lorrr...hehehehe

Ok menu-menu fara nad hubby kan, Ayam Masak Kicap (memang dah teror masak), Sayur Campur, Sup Ekor (my hubby yg buat...1st time cuba tau tp dh mcm leh buka restoran..sgt la sedap..pic i x amik sbb terlupa..SODEH ni..xdapat nk tunjuk kat Uols....Pastu ade Masak Lemak Cili Api Siput Sedut...ha ni fara buat..pun 1st trial ni...Sedap macam x sangka lak..hehehehe ni pic nye



ERmmm...macam mana uols nampak sedap kannn...hehehehehe..TAPI MEMANG sedap punn...hehehe selain tu ade ulam2....pastu ade sambal belacan dan sambal geresek (mkan orang N9)..Sedap tau Sambal ni.....Yummy..

Ok actually fara nak kongsi Resepi Masak Cili Api Siput Sedut..sebab menjadi kan..

Bahannya:
  • 1kg Siput Sedut - dibersihkan dan dibuang ekornya
  • Santan - 2 kotak
  • 6 ulas bawang merah - kisar/tumbuk
  • 3 ulas bawang putih - kisar/tumbuk
  • 1/2 inci halia - kisar/tumbuk
  • 4 batang serai - dititik
  • cili api (ikut kepedasan yang uols suka..macam fara letak 35 batang ditumbuk tau)
  • sedikit garam
  • sedikit kunyit
  • Air - ikut kepekatan santan yang diperlukan..
Cara-caranya:
  1. Tumiskan bahan-bahan kisar/tumbuk (bawang,halia,cili api).
  2. Kemudian masukkan  siput sedut bersama Serai yang dititik
  3. Masukkan Santan dan ditambah air
  4. Masukkan kunyit
  5. Apabila sudah nak masak, masukkan garam
  6. Tutup api apabila siput kelihatan keperangan.
Kan dah siap.....Cuba la ye..

Uols tau...habis semua makanan tau..THANKS to Mama, Abah and Adik2 yang sudi datang..and makan..Seronok tengok Uols makan..Sayang Uols...Fara sempat jugak packkan utk Ayah fara yang tercinta di Seremban..Hopefully Ayah suka makan..Fara minta adik fara (Kakmok) bwk balik utk ayah and adik2 yang lain di Seremban..




Sunday 4 September 2011

RESEPI KEK LAPIS ASAM MANIS



Bahan-Bahan A:

  • 350 gm mentega
  • 150 gm gula kastor
  • 5 sudu makan susu pekat manis
  • 1 sudu teh esen vanila
  • 14 biji kuning telur
Bahan-Bahan B:

  • 150 gm gula kastor
  • 6 biji putih telur
  • 1/4 sudu teh serbuk krim tar tar
Bahan-Bahan C:

  • 180 gm tepung Gandum
  • 1 sudu teh serbuk penaik
Bahan-Bahan D:

  • 10 bungkus asam manis (Hawflakes)
Bahan-Bahan Sapuan: 3 sudu makan marjerin + 2 sudu makan susu pekat manis

Cara-cara membuatnya:

  1. Bahan A: satukan mentega, gula kastor, susu pekat manis dan esen vanila. Pukul dengan kelajuan tinggi hingga kembang dan berkrim
  2. Masukkan kuning telur sedikit-sedikit sambil dipukul hingga sebati. Tuangkan adunan ini ke dalam mangkuk yang besar.
  3. Di dalam bekas lain, satukan semua bahan B. Pukul selama 5 minit hingga kembang dan kental.
  4. Bahan C: masukkan tepung gandum dan serbuk penaik ke dalam adunan mentega tadi. Gaulkan hingga sebati.
  5. Kemudian masukkan adunan putih telur. gaulkan hingga bercampur rata.
  6. Ambil satu cawan adunan dan ratakan dalam tin pembakar berukuran 8 inci x 8 inci. Bakar dengan api atas dan bawah sehingga permukaan kek berwarna perang.
  7. Cucuk permukaan kek dengan garfu dan tekankan agar rata. Sapukan sedikit bahan sapuan.
  8. Susun kepingan asam manis atas lapisan kek yang telah di masak tadi.
  9. Ambil satu cawan adunan dan ratakan di atas asam manis tadi. Bakar dengan api atas sahaja. Buat proses yang sama seperti ini hingga beberapa lapis. Untuk lapisan paling atas, ratakan adunan dan susun kepingan asam manis. Bakar hingga masak.
  10. Tutup permukaan tin pembakar dengan kertas aluminium. Bakar semula dengan api atas dan bawah selama 15 minit.
Dah siap pun...Actually sangat senang nak buat kek lapis asam manis niee..cuma renyah sikit jerk sebab kena bakar selapis demi selapis..tapi bile dh siap dan sedap rase sgt puas hati..Uols boleh try resepi ni sbb fara dah try dan menjadi..rasenye sgt sedap dan lembut jerk tau...BEST-BEST...Thanks to Ziela coz sudi ajar fara buat kek ni..Ziela ni Cikgu fara tak berbayar tau..thanks so much dear...(resepi ni dapat dari buku Variasi Kek Lapis..Thanks...)

Lagu Raya...

Assalammualaikum UoLs...

Walaupun sudah 6 hari kita berhari raya, rasenya masih tidak terlambat utk fara berkongsi lagu raya dengan Uols semua...selamat hari raya...

16 lagu raya

20 Lagu Raya

Hijjaz Lembaran Syawal 2006

Huray!Raya - 28 Lagu Nostalgia Terbaik 2009

Lagu Raya Klasik

Nur Syawal 2004

Rabbani - Suara Takbir 2008

Raihan - Maafkan 1999

Wing Raya Bersama Mus 2007

Siti Nurhaliza - Anugerah Aidilfitri 2003

Sensasi Hari Raya - Saleem