Monday, 25 July 2011

RESEPI MUFFIN COKLAT CHIP

Halloooo teman-teman sekalian...Malam ni FARA nak berkongsi resepi MUFFIN  CHIP COKLAT yang FARA pernah cuba buat semalam 24 Julai 2011...Sangat sedap rasa MUFFIN ni dan kalau teman-teman semua ikut resepi ni betul-betul sure MUFFIN CHIP COKLAT  ini akan menjadi cantik dan sedap..Cer teman-teman tgk gambar hasil masakan FARA ni ok.
 Kat sini FARA berikan RESEPInya ok:
  • 250 gm Mentega
  • 250 gm Gula Kastor
  • 6 biji Telur
  • 320 ml Susu Segar
  • 100 gm Serbuk Koko
  • 50 gm Serbuk Penaik (DiAyak dengan Tepung)
  • 400 gm Tepung Gandum
  • Cip Coklat
Cara-cara membuatnya adalah:
  1. Pukul gula dan mentega sehingga kembang.
  2. Masukkan telur satu persatu dan putar lagi.
  3. Serbuk koko, serbuk penaik dan tepung gamdum disatukan dan diayak di dalam bekas yang berasingan. Kemudian masukkan ketiga-tiga bahan ini diselang seli dengan susu segar ke dalam bekas yang berisi campuran telur dan gula dan putarkan lagi.
  4. Masukkan adunan coklat tersebut ke dalam bekas yang bersesuaian dan letakkan cip coklat. Bakar pada suhu 180 darjah selsius selama 25 minit.
  5. Kemudian siap untuk dihidangkan.
                                          contoh muffin sebelum dibakar ok...

SELAMAT MENCUBA TEMAN-TEMAN...(resepi ini diambil dari buku hidanganminum petang SAJI.....terima kasih SAJI....)


No comments:

Post a Comment