Halloooo...Hari ini merupakan hari yang ke 23 buat semua umat Islam berpuasa...Tinggal lagi 6 hari sahaja lagi kita semua nk sambut Aidilfitri...Errmmm...excited nye nak raya...Kuih raya ade yang fara beli ade gak yang buat..tapi yang buat dh tinggal sikit..so nk kena wat lagi...Sekarang mood kerja pun dh xde sbb dok fikir nk CUTI RAYA..BESTNYEEEE..
Tapikan Uols, tahun ni merupakan tahun pertama fara beraya tanpa MAK tersayang...MAK fara meninggal dunia pada 10 Jun 2011 yang lalu..Rase sedih sangat hati ni..Pilu jerk...Selama ni kalau hari mantai (sehari sebelum raya) biasanya MAK dah sibuk kat dapur...Awl2 pagi raya lagi MAK dah bangun siapkan hidangan untuk kami semua..walaupun kami yang dh kahwin ni..Ya Allah Seronoknyeerr rase..Perasaan ini masih teringat lg saat-saat menyambut Raya semasa hayat MAK masih ada...cakap jerk nak makan apa semuanya ada...tp sekarang semuanya dah berubah..Fara sendiri dah berubah..Fara kena fikirkan adik2 nak makan apa..Apa yang fara nak masakkan untuk AYAH dan Adik-adik..Sure AYAH sedih tahun ni..tapi AYAH takkan tunjukkan perasaannya pada KAMI semua...Itu la sifat AYAH..
Tapikan Uols, fara sempat ambil resepi RENDANG ITIK Arwah MAK punya..Alhamdulillah fara berjaya memasaknya..mungkin masakan fara x sama dan x sesedap masakan MAK fara but at least fara boleh sediakan hidangan tersebut pada pagi raya AIDILFITRI tahun ni..Minta-minta Ayah dan Adik2 boleh menerima masakan fara...
Fara sangat rapat dengan Mak fara...Setiap luahan dan isi hatinya semasa hidup fara simpan dan kenang sehingga ke akhir hayat fara...Fara tak tahu macam mn perasaan fara nanti bile nak menghadapi AIDILFITRI kali ini..Semoga fara tenang hendaknye...
Ya Allah, Engkau yang Maha Mengetahui Lagi Maha Agong, Engkau tempatkanlah Mak fara di kalangan orang-orang yang beriman..disamping orang-orang yang Engkau kasihi dan sayangi..Semoga Mak memperolehi kebahagian sejati...
Buat Uols semua...Sayangi lah Mak and Ayah Uols semua...Hargaila Mereka...Hormati Mereka...Jaga Perasaan Mereka...Luangkan Masa untuk Mereka...Berikan Kesenangan kepada Mereka...Berikan Kebahagian kepada Mereka..
SELAMAT MENYAMBUT AIDILFITRI ...fara sekeluarga mohon Maaf dan Ampun jika ada menyinggung mana-mana pihak...Maafkan fara sekeluarga..Semoga Perayaan tahun ini merupakan Perayaang yang terbaik dari tahun lepas....
Kat sini fara letakkan sedikit pic Arwah Mak Fara yang paling fara sayang...I love u so much..we all love u so muchh...
Time ni sempat celebrate birthday mak..pada 27 April 2011..
Mak dengan cucunya Arshad (anak fara)
Kaklang sayang Mak...
Adik, Mak n fara...
Fara family bersama Mak tercinta..
Kaklong dengan Mak..
No comments:
Post a Comment