Sunday, 4 September 2011

RESEPI KEK LAPIS ASAM MANIS



Bahan-Bahan A:

  • 350 gm mentega
  • 150 gm gula kastor
  • 5 sudu makan susu pekat manis
  • 1 sudu teh esen vanila
  • 14 biji kuning telur
Bahan-Bahan B:

  • 150 gm gula kastor
  • 6 biji putih telur
  • 1/4 sudu teh serbuk krim tar tar
Bahan-Bahan C:

  • 180 gm tepung Gandum
  • 1 sudu teh serbuk penaik
Bahan-Bahan D:

  • 10 bungkus asam manis (Hawflakes)
Bahan-Bahan Sapuan: 3 sudu makan marjerin + 2 sudu makan susu pekat manis

Cara-cara membuatnya:

  1. Bahan A: satukan mentega, gula kastor, susu pekat manis dan esen vanila. Pukul dengan kelajuan tinggi hingga kembang dan berkrim
  2. Masukkan kuning telur sedikit-sedikit sambil dipukul hingga sebati. Tuangkan adunan ini ke dalam mangkuk yang besar.
  3. Di dalam bekas lain, satukan semua bahan B. Pukul selama 5 minit hingga kembang dan kental.
  4. Bahan C: masukkan tepung gandum dan serbuk penaik ke dalam adunan mentega tadi. Gaulkan hingga sebati.
  5. Kemudian masukkan adunan putih telur. gaulkan hingga bercampur rata.
  6. Ambil satu cawan adunan dan ratakan dalam tin pembakar berukuran 8 inci x 8 inci. Bakar dengan api atas dan bawah sehingga permukaan kek berwarna perang.
  7. Cucuk permukaan kek dengan garfu dan tekankan agar rata. Sapukan sedikit bahan sapuan.
  8. Susun kepingan asam manis atas lapisan kek yang telah di masak tadi.
  9. Ambil satu cawan adunan dan ratakan di atas asam manis tadi. Bakar dengan api atas sahaja. Buat proses yang sama seperti ini hingga beberapa lapis. Untuk lapisan paling atas, ratakan adunan dan susun kepingan asam manis. Bakar hingga masak.
  10. Tutup permukaan tin pembakar dengan kertas aluminium. Bakar semula dengan api atas dan bawah selama 15 minit.
Dah siap pun...Actually sangat senang nak buat kek lapis asam manis niee..cuma renyah sikit jerk sebab kena bakar selapis demi selapis..tapi bile dh siap dan sedap rase sgt puas hati..Uols boleh try resepi ni sbb fara dah try dan menjadi..rasenye sgt sedap dan lembut jerk tau...BEST-BEST...Thanks to Ziela coz sudi ajar fara buat kek ni..Ziela ni Cikgu fara tak berbayar tau..thanks so much dear...(resepi ni dapat dari buku Variasi Kek Lapis..Thanks...)

2 comments:

  1. Sedappp nyerrr... Bai mai sket

    Selamat Hari Raya
    Maaf Zahir dan Batin..
    Tumpang lalu kat blog ni..
    Teman numpang glemer sket..
    Auuummm! (Bukan pantun pun)

    ReplyDelete
  2. Selamat Hari Raye jugak...hehehehe meme sedap pun..

    ReplyDelete