Wednesday 27 July 2011

RESEPI CORNFLAKES MADU

Salam Satu Malaysia Uols....Harini Fara nak berkongsi Resepi Cornflakes Madu dengan Uols semua...Kalau Uols ikut arahan yang Fara catatkan untuk Uols, sure menjadi dan sgt sedap...Cer Uols tgk pic kat bawah ni..Cantik kan..Sedap tau..Bukan Fara ckp tp Uols lain yang dh rase..hehehehe..


Ok sekarang Fara bagi bahan-bahannyer ok:

Bahan A
  • 200 gm Mentega/ Menjerin
  • 150 gm Gula
  • 4 camca besar Madu
  • 1 1/2 camca teh Esen Vanilla
Bahan B
  • 200 gm Cornflakes
  • 100 gm Badam dibakar; dihiris
  • 60 gm buah Ceri Merah
  • 60 gm buah Ceri Hijau

Cara-cara membuatnye plak ok:
  1. Cairkan BAHAN A di dalam periuk sehingga pekat. Matikan api dan masukkan esen vanilla.
  2. Kacau BAHAN Bdan gaulkan sehingga sebati.
  3. Susun adunan tersebut di dalam kertas cawan yang kecil dan letakkan di atas dulang pembakar.
  4. Bakar di dalam ketuhar bersuhu 160darjah celcius selama 10 - 18 minit atau hingga kuning keemasan.
  5. Keluarkan dari ketuhar dan biarkan selama 20 minit.
  6. Dah siap dan sedia untuk dihidang semasa rayee...
(resepi diperoleh dari kotak cornflakes....terima kasih)

SELAMAT MENCUBA Uols....!!!

No comments:

Post a Comment