RECIPES

RESEPI COKLAT OREO



By : Chef Amer
Rujukan : Blog Masam Manis melalui Buku Terokai Rahsia Coklat
(tumpang share kat sini)
Bahan-bahan:
300 gm coklat susu kompaun
1 bungkus biskut oreo
Edible Imej secukupnya.
  • Coklat susu kompoun di racik halus
  • Cairan coklat susu kompaun secara double boiler dan Cara-cara doule boiler yang betul:

  • Bila dah cair angkat, lap dasar bekas supaya tiada air menitis.
  • Masukkan coklat dalam piping bag
Cara-cara penyediaan seperti di bawah:

  • Mula-mula sediakan acuan seperti di sebelah.
    Pastikan acuan ini di bersihkan dan pastikan juga ianya kering.

    Paipkan coklat yang telah di cairkan dalam acuan 1/3 sahaja











    Kemudia ketuk-ketukkan acuan atau hentak-hentakkan acuan supaya semua gelembung udara keluar

    Selepas itu, susunkan biskut oreo.











    Tekan-tekan sedikit biskut oreo supaya dia masuk ke dasar sedikit.

    Kemudian paipkan semula baki coklat tadi hingga penuh.










    Hentak-hentak lagi acuan untuk meratakan permukaan dan mengeluarkan gelembung udara.
    Jika ada yang tak rata nanti ratakan ya.. tekan-tekan sikit.

    Simpan dalam peti ais hingga mengeras.

    Setelah keras keluarkan dari acuan.

    Jika ada lebihan coklat, potong dengan pisau yang halus dan tajam matanya


    Sediakan Edible Imej yang kita suka.
    Sapukan sedikit coklat di belakangnya.

    Kemudian lekatkan pada permukaan coklat kita tadi
    Kemaskan.








    Dah siap.....sedia untuk merosak kan gigi si kecil hehehehe..


RESEPI RAINBOW CAKE

Bahan-bahan:
  • 3 cawan tepung gandum
  • 4 sdk baking powder
  • 1/2 sdk garam
  • 1 cawan butter - suhu bilik
  • 2 cawan gula castor
  • 5 biji putih telur - suhu bilik
  • 2 sdk asen vanilla
  • 1 1/2 cawan susu segar - suhu bilik
  • pewarna  - mengikut citarasa

Sediakan loyang 8 inci - kalau boleh 3 loyang.
Sapu loyang dengan butter dan alas dasar loyang dengan baking paper.
Sapukan juga baking paper ngan butter
Panaskan oven pada suhu 170C

Ayakkan tepung, baking powder dan garam - ketepikan
Dalam bekas mixer, pukul butter dan gula sampai kembang dan gebu atau butter bertukar warna putih.
Masukkan telur putih dan pukul lagi sampai gebu dan ringan.
Masukkan esen vanilla.
Kemudian slowkan mixer paling perlahan sekali, masukkan tepung berselang seli dengan susu segar. (Boleh juga guna spaula dengan kaedah kaup balik)
Nota: Tepung yang berselang seli dengan susu perlu dimulakan dengan tepung dan diakhiri dengan tepung juga. maksudnya: tepung~susu~tepung~susu~tepung~susu~tepung.

Kemudian bahagikan adunan sama rata kepada 4-6 bekas (ikut citarasa masing2. lagi banyak lg cantik)

Letakkan pewarna yang berbeza bg setiap adunan yang telah diasingkan dan gaul rata.
Masukkan ke dalam loyang.
Bakar adunan tadi satu persatu dalam oven pada suhu 170C iaitu letak pada rak bawah menggunakan api atas bawah dan bakar selama 15 - 20 minit atau sehingga kek benar2 masak..

Bila dah masak letak atas redai..Tunggu sejuk dan kemudian terbalikkan.

Kemudian sediakan Topping nya pula...

Fara guna READY TO WHIP TOPPING...so sangat mudah..hanya guna tidak lebih dari 20% daripada bowl mixer yang digunakan..pukul cream tersebut dengan menggunakan kelajuan yang maksimum..Pukul sehingga kembang atay BERTANDUK (bila diterbalikkan bowl, cream tidak jatuh)..kemudian bolehlah disapu satu layer satu layer..selebihnya digunakan untuk menutup kek td dan sedia untuk MENDECO...

SELESAI sudah...harap-harap ianya akan memudahkan teman-teman ok..

     RESEPI PIZZA

Bahan-bahan Doh Pizza:
  • 300 gm tepung gandum
  • 6 gm instat yeast
  • 20 gm mentega
  • 10 gm gula halus
  • 1 camca teh bread improver (optional)
  • 1 1/2 camca besar madu
  • 1/4 camca teh garam
  • 170 ml air
  • Sedikit tepung untuk ditabur
Bahan-bahan Inti Pizza:
  • 4 batang sosej ayam 'ayamas', hiris serong
  • 4 hirisan gegelang red capsicum
  • 4 hirisan gegelang yellow capsicum
  • 4 hirisan gegelang green capsicum
  • 1 biji bawang besar, dihiris bulat (optional)
  • 175 gm mozzarella cheese, hiris nipis2 ( fara beli yang dah siap hiris jenama EMBORG)
  • (kalau xde mozzarella cheese, topping pizza pun boleh, fara siap tambah cheddar cheese -yummy2 kahs untuk tmbh berat badan..wakakaka)
  • Sos Tomato - fara guna prego traditional kebetulan ada kat rumah..hehehe sodappp
  • 4 camca besar mayonnaise...
Cara-cara membuat PIZZA:
1. UNTUK DOH PIZZA: Satukan semua bahan-bahan Doh Pizza kecuali mentega dan tepung untuk ditabur. Gaul rata hingga bersatu. Tambah mentega dan terus menggaul hingga doh menjadi kenyal, jika melekit tambah tepung sedikit. Kemudian bulat-bulatkan dan biar selama 45 minit sehingga DOH naik sekali ganda.

Ha pic kat atas ni la yo...mcm ni la lebih kurang sobolum dan solopeh 45 minit ok...

Kalau ada BREAD MAKER, masukkan semua bahan untuk doh kecuali tepung untuk ditabur ke dalam bread maker, pilih setting untuk doh dan tekan 'ON', buat hingga siap.
2. UNTUK INTI PIZZA: Panaskan oven pada suhu 190C, sediakan 2 dulang berukuran 9 inci/ 1 dulang berukuran 11 inci (fara guna kedua2 size..hehehe), sapukan dengan sedikit mentega. Ketepikan.
Fara bahagikan doh kepada 4 (kalau guna dulang 9 inci - terpulang ketebalan mengikut kesukaan masing-masing) sbb nanti bile dah masak doh akan naik..Ambil satu bahagian, taburkan sedikit tebung dan canai bulat. Alihkan ke dalam dulang pizza yang telah disediakan, tekan-tekan dengan hujung jari sehingga memenuhi dulang dan biarkan kelilingnya sedikit tebal. Letakkan 2 camca mayonnaise (kalau suka byk leh tambah lg...coz fara sendiri tambah gak hehehe). Kemudian sapu pula sos tomato dan ratakan.


Yang ni bahan-bahan asas untuk inti PIZZA ok..(bahan yang always ada kat umah :) )


 

Susun bahan-bahan pizza di atas sos tersebut dan diakhiri dengan mozzarella cheese (actually bahan-bahan pizza tu depend ikut kesukaan..kalau suka ketam/udang/nenas/cendawan butang boleh tmbah). Bakar 20 - 25 minit hingga cheese mencair dan roti kelihatan kuning keemasan. Keluarkan dari oven dan bolehlah dihidangkan segera bersama sos kegemaran...Buat kaedah yang sama bagi bahagian doh yang lain tadi ok.. Dah siap sedia utk dijamu...



BISKUT COKLAT CHIP

Bahan-bahannya:
  •  500 gm tepung kek berserbuk penaik
  • 300 gm gula perang
  • 250 mentega
  • 2 biji telur
  • 1 sudu kecil serbuk koko
  • 1 sudu kecil serbuk penaik
  • 200 gm coklat chip coklat
Cara-cara membuatnya:
  1. Ayakkan tepung kek dan sebuk penaik. Masukkan ke dalam mangkuk dan ketepikan.
  2. Satukan gula dan mentega dan digaul sebati.
  3. Masukkan telur sebiji demi sebiji dan gaulkan sebati.
  4. Masukkan serbuk koko dan gaul sebati.
  5. Masukkan tepung dan gaulkan lagi sehingga sebati.
  6. Masukkan coklat chip dan gaulkan menjadi doh. Doh mestilah dalam keadaan yang lembik dan melekit-lekit seperti gambarajah dibawah.
  7. Bentukkan doh dan letakkan ke atas dulang pembakar. Bakar dalam ketuhar pada suhu 180 darjah celcius selama 15 minit.
  8. Kemudian biskutnya sedia untuk dimakan...
Uols...resepi biskut coklat chip ni sangat sedap...lagi sedap dari biskut CHIPMORE..hehehehe..Kalau Uols try buat INSYAALLAH  menjadi..Tapi kalau rasa nak TEMPAH boleh la comment kat sini ye...

  
RESEPI KEK LAPIS ASAM MANIS


Bahan-Bahan A:
  • 350 gm mentega
  • 150 gm gula kastor
  • 5 sudu makan susu pekat manis
  • 1 sudu teh esen vanila
  • 14 biji kuning telur
Bahan-Bahan B:
  • 150 gm gula kastor
  • 6 biji putih telur
  • 1/4 sudu teh serbuk krim tar tar
Bahan-Bahan C:
  • 180 gm tepung Gandum
  • 1 sudu teh serbuk penaik
Bahan-Bahan D:
  • 10 bungkus asam manis (Hawflakes)
Bahan-Bahan Sapuan: 3 sudu makan marjerin + 2 sudu makan susu pekat manis

Cara-cara membuatnya:
  1. Bahan A: satukan mentega, gula kastor, susu pekat manis dan esen vanila. Pukul dengan kelajuan tinggi hingga kembang dan berkrim
  2. Masukkan kuning telur sedikit-sedikit sambil dipukul hingga sebati. Tuangkan adunan ini ke dalam mangkuk yang besar.
  3. Di dalam bekas lain, satukan semua bahan B. Pukul selama 5 minit hingga kembang dan kental.
  4. Bahan C: masukkan tepung gandum dan serbuk penaik ke dalam adunan mentega tadi. Gaulkan hingga sebati.
  5. Kemudian masukkan adunan putih telur. gaulkan hingga bercampur rata.
  6. Ambil satu cawan adunan dan ratakan dalam tin pembakar berukuran 8 inci x 8 inci. Bakar dengan api atas dan bawah sehingga permukaan kek berwarna perang.
  7. Cucuk permukaan kek dengan garfu dan tekankan agar rata. Sapukan sedikit bahan sapuan.
  8. Susun kepingan asam manis atas lapisan kek yang telah di masak tadi.
  9. Ambil satu cawan adunan dan ratakan di atas asam manis tadi. Bakar dengan api atas sahaja. Buat proses yang sama seperti ini hingga beberapa lapis. Untuk lapisan paling atas, ratakan adunan dan susun kepingan asam manis. Bakar hingga masak.
  10. Tutup permukaan tin pembakar dengan kertas aluminium. Bakar semula dengan api atas dan bawah selama 15 minit.
Dah siap pun...Actually sangat senang nak buat kek lapis asam manis niee..cuma renyah sikit jerk sebab kena bakar selapis demi selapis..tapi bile dh siap  dan sedap rase sgt puas hati..Uols boleh try resepi ni sbb fara dah try dan menjadi..rasenye sgt sedap dan lembut jerk tau...BEST-BEST...Thanks to Ziela coz sudi ajar fara buat kek ni..Ziela ni Cikgu fara tak berbayar tau..thanks so much dear...(resepi ni dapat dari buku Variasi Kek Lapis..Thanks...)

RESEPI MUFFIN COKLAT CHIP
Halloooo teman-teman sekalian...Malam ni FARA nak berkongsi resepi MUFFIN CHIP COKLAT yang FARA pernah cuba buat semalam 24 Julai 2011...Sangat sedap rasa MUFFIN ni dan kalau teman-teman semua ikut resepi ni betul-betul sure MUFFIN CHIP COKLAT ini akan menjadi cantik dan sedap..Cer teman-teman tgk gambar hasil masakan FARA ni ok.
Kat sini FARA berikan RESEPInya ok:
  • 250 gm Mentega
  • 250 gm Gula Kastor
  • 6 biji Telur
  • 320 ml Susu Segar
  • 100 gm Serbuk Koko
  • 50 gm Serbuk Penaik (DiAyak dengan Tepung)
  • 400 gm Tepung Gandum
  • Cip Coklat
Cara-cara membuatnya adalah:
  1. Pukul gula dan mentega sehingga kembang.
  2. Masukkan telur satu persatu dan putar lagi.
  3. Serbuk koko, serbuk penaik dan tepung gamdum disatukan dan diayak di dalam bekas yang berasingan. Kemudian masukkan ketiga-tiga bahan ini diselang seli dengan susu segar ke dalam bekas yang berisi campuran telur dan gula dan putarkan lagi.
  4. Masukkan adunan coklat tersebut ke dalam bekas yang bersesuaian dan letakkan cip coklat. Bakar pada suhu 180 darjah selsius selama 25 minit.
  5. Kemudian siap untuk dihidangkan.
contoh muffin sebelum dibakar ok...

SELAMAT MENCUBA TEMAN-TEMAN...(resepi ini diambil dari buku hidanganminum petang SAJI.....terima kasih SAJI....)


RESEPI CORNFLAKES MADU
Salam Satu Malaysia Uols....Harini Fara nak berkongsi Resepi Cornflakes Madu dengan Uols semua...Kalau Uols ikut arahan yang Fara catatkan untuk Uols, sure menjadi dan sgt sedap...Cer Uols tgk pic kat bawah ni..Cantik kan..Sedap tau..Bukan Fara ckp tp Uols lain yang dh rase..hehehehe..



Ok sekarang Fara bagi bahan-bahannyer ok:

Bahan A
  • 200 gm Mentega/ Menjerin
  • 150 gm Gula
  • 4 camca besar Madu
  • 1 1/2 camca teh Esen Vanilla
Bahan B
  • 200 gm Cornflakes
  • 100 gm Badam dibakar; dihiris
  • 60 gm buah Ceri Merah
  • 60 gm buah Ceri Hijau

Cara-cara membuatnye plak ok:
  1. Cairkan BAHAN A di dalam periuk sehingga pekat. Matikan api dan masukkan esen vanilla.
  2. Kacau BAHAN Bdan gaulkan sehingga sebati.
  3. Susun adunan tersebut di dalam kertas cawan yang kecil dan letakkan di atas dulang pembakar.
  4. Bakar di dalam ketuhar bersuhu 160darjah celcius selama 10 - 18 minit atau hingga kuning keemasan.
  5. Keluarkan dari ketuhar dan biarkan selama 20 minit.
  6. Dah siap dan sedia untuk dihidang semasa rayee...
(resepi diperoleh dari kotak cornflakes....terima kasih)

SELAMAT MENCUBA Uols....!!!